Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

30 May 2017

SOALAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF

Ayat aktif --> ayat pasif
Soalan :
Azura telah menghasilkan beberapa buah novel antara tahun 2010 hingga 2016.
Jawapan skema :
Beberapa buah novel telah dihasilkan oleh Azura antara tahun 2010 hingga 2016.

SOALAN SAYA:
Beberapa buah novel antara tahun 2010 hingga 2016 telah dihasilkan oleh Azura.
Atau:
Antara tahun 2010 hingga 2016 beberapa buah novel telah dihasilkan oleh Azura.

Adakah KEDUA-DUA jawapan dapat diterima?

JAWAPAN CIKGU TAN:
Azura telah menghasilkan beberapa buah novel antara tahun 2010 hingga 2016. (ayat bersusunan biasa)


Beberapa buah novel telah dihasilkan oleh Azura antara tahun 2010 hingga 2016. (ayat pasif biasa)

Untuk menyongsangkannnya, kita harus mengenal pasti pecahan bahagian daripada ayt tersebut.

Beberapa buat novel - 1
telah dihasilkan oleh Azura - 2
antara tahun 2010 hingga 2016 - 3

Gunakan formula 321,312,231,213

321 = Antara tahun 2010 hingga 2016 telah dihasilkan oleh Azura beberapa buah novel.

312 = Antara tahun 2010 hingga 2016 beberapa buah novel telah dihasilkan oleh Azura

213 = Telah dihasilkan oleh Azura beberapa buah novel antara tahun 2010 hingga 2016.

231 =  Telah dihasilkan oleh Azura antara tahun 2010 hingga 2016 beberapa buah novel.

Lihat  ayat jawapan murid yang diberikan oleh Cikgu Al Humaira seperti berikut:

(1) Beberapa buah novel antara tahun 2010 hingga 2016 telah dihasilkan oleh Azura.

(2) Antara tahun 2010 hingga 2016 beberapa buah novel telah dihasilkan oleh Azura

Ayat 1 = formulanya 132

Ayat 2 = formulanya 312.

Maka, ayat 1 yang bersusunan 132 tidak menepati ayat pasif bersusunan songsang kerana objek masih ada di pangkal ayat.  Selain itu, bahagian "Beberapa buah novel antara tahun 2010 hingga 2016" sudah membawa maksud yang salah seolah-olah "antara tahun 2010 hingga 2016" menjadi judul kepada novel yang ditulis oleh Azura.

KESIMPULAN:
Ayat 1: ❌
Ayat 2: ✅

28 May 2017

LATIHAN RUMUSAN SPM

Yang ingin mendapatkan skema jawpaan, sila tinggalkan alamat e-mel anda di ruang komen di bawah. Selamat Mencuba!

LATIHAN RUMUSAN SPM (1/2017)
Soalan 1: Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang manfaat pemakanan petai kepada kesihatan dan usaha-usaha untuk mempopularkan amalan pemakanan petai.   Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Mendengar saja perkataan petai, pasti ada yang terus memikirkan bau nafas yang kurang menyenangkan apabila kita menikmatinya. Oleh itu, berkemungkinan besar ada yang tidak menjamahnya sekiranya menjadi menu makanan pada siang hari ketika waktu bekerja. Petai merupakan sejenis tanaman yang berasal dari negara tropika, seperti di negara kita Malaysia dan juga Indonesia. Dengan nama saintifik parkia speciosa dan dimakan sebagai ulam ini, di sebalik ketidakenakan bau nafas, sebenarnya petai sejenis ulam yang banyak memberikan manfaat kesihatan kepada kita.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh pakar kesihatan, petai ialah sumber gizi penting terhadap kesihatan manusia. Penelitian menunjukkan bahawa buah petai memiliki kandungan sukrosa, fruktosa, dan glukosa. Ketiga-tiga jenis zat ini ialah sumber gula semula jadi yang boleh menghasilkan tenaga segera bagi mereka yang memakannya. Bahkan, kandungan protein dalam petai empat kali lebih banyak daripada buah epal. Kandungan zat besi yang tinggi dalam petai sangat bermanfaat untuk mengurangkan masalah anemia dalam badan manusia. Petai memiliki kandungan kalium yang cukup tinggi untuk mengatasi stres dan depresi yang kita alami. Kalium dalam petai juga dapat meningkatkan konsentrasi dan kemampuan otak seterusnya berfungsi untuk meningkatkan daya ingatan semasa belajar.

Di samping kandungan kalium yang tinggi, ciri-ciri petai yang rendah garam mampu menstabilkan degupan jantung sekali gus mengurangkan penyakit kardiovaskular. Tekanan darah yang terjaga akan menurunkan risiko diserang sakit jantung dan merendahkan risiko gejala strok di samping mengurangkan masalah migrain. Dalam jurnal perubatan baharu edaran The New England Journal of Medicine, hasil penelitian turut mengatakan bahawa pemakanan petai secara teratur mampu melancarkan sistem pencernaan dalam usus. Serat yang banyak terkandung dalam petai berguna melancarkan proses penghadaman dan perkumuhan. Bagi yang sering mengalami gangguan pencernaan seperti sembelit, pemakanan petai akan dapat membantu mengurangkan penderitaan sembelit. Dengan amalan pemakanan petai, toksin tubuh yang mengganggu kesihatan dapat diatasi segera.

Petai juga memiliki manfaat yang pelbagai. Kementerian Kesihatan Malaysia harus menjalankan kajian yang lebih mendalam untuk mengenal pasti khasiat petai kepada kesihatan manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana khasiat dalam petai yang mudah dicari di Malaysia mampu memberikan impak baharu kepada bidang perubatan tradisional. Amalan pemakanan yang sihat mampu memberikan nikmat kesihatan yang baik dan menyejahterakan kehidupan manusia.

(Dipetik dan diubah suai daripada
rencana Khasiat Petai kepada Manusia
dalam blog akademik  www.cikgutancl.blog.spot.com)

Soalan 2: Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)                Berikan maksud rangkai kata toksin tubuh.                          
[2 markah]
(ii)             Pengarang mengemukakan beberapa kebaikan daripada penjagaan tekanan darah. Nyatakan kebaikan-kebaikantersebut.                                                                      
[3 markah]
(iii)           Anak-anak kecil kurang meminati makanan tradisional seperti petai, jering, ulam-ulaman, dan herba dalam amalan pemakanan mereka.

Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak mereka mengamalkan pemakanan makanan tradisional?                                                                          
[4 markah]



 LATIHAN RUMUSAN SPM (2/2017)
Soalan 1: Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca kerancuan bahasa berlaku dalam kalangan pengguna bahasa Melayu dan kesan-kesannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan kita. Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan di Malaysia, dipelajari oleh murid, dan dikembangkan oleh rakyat sekalipun dengan menggunakan dana awam. Kewujudan Perkara 152 tidak boleh dipadamkan kerana Perkara 159(5) menetapkan bahawa perkenan Majlis Raja-Raja diperlukan sekiranya Perkara 152 hendak dipinda. Walau bagaimanapun, kerancuan bahasa yang berlaku di negara kita makin hari makin mendukacitakan.
         Dalam kajian bahasa yang dilakukan terhadap pengguna bahasa Melayu di Malaysia, kesalahan ejaan dan bahasa daripada sari kata dalam siaran televisyen telah menjadi punca utama kerancuan bahasa berlaku. Pada masa yang sama, ketaasuban pengguna bahasa terhadap bahasa Inggeris juga mengeruhkan keadaan. Maklumlah, ibu bapa pada zaman ini semakin lama semakin mengagung-agungkan bahasa Inggeris daripada bahasa kebangsaan kita. Mereka yang kekurangan ilmu dan pengetahuan tentang bahasa Melayu juga mengeruhkan keadaan yang sudah parah menanti retak. Dalam era penjajahan bahasa asing ini, pengguna bahasa semakin tidak berminat untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.
Di sebalik itu, ada yang menyalahkan kesilapan daripada ajaran guru sekolah rendah hingga terbawa-bawa hingga ke peringkat sekolah menengah. Fenomena ini dikeruhkan lagi oleh pengguna bahasa yang mempercayai dan meyakini bahasa yang digunakan dalam majalah picisan yang banyak membuat kesalahan ejaan, frasa, imbuhan, dan struktur ayat. Akhbar arus perdana turut mencemarkan bahasa Melayu dengan kesalahan bahasa yang kritikal sehingga menggores hati dan mengecewakan pengkaji bahasa. Segelintir pengguna bahasa juga dikatakan kurang cakna akan perubahan dan pemantapan bahasa Melayu yang gramatis. Wartawan bukan graduan dalam bidang bahasa meracun bahasa Melayu.
Yang paling menyedihkan ialah pemimpin masyarakat yang menggunakan bahasa Melayu tidak gramatis mencerminkan ketidakprihatinan mereka terhadap bahasa Melayu. Sikap pemimpin yang kurang peka akan kesilapan bahasa Melayu ini seolah-olah mencerminkan kurangnya semangat cinta akan negara dalam diri mereka. Janganlah kita berasa hairan sekiranya ejaan makanan yang betul seperti “kuetiau” dieja “koeytiao”, “martabak” pula dieja “murtabak”, dan “sate” dieja “satey” oleh pengguna bahasa Melayu. Akhir kata, bahasa jiwa bangsa. Hilang bahasa, lenyaplah bangsa. Janganlah kita lupa akan hakikat bahawa menunjukkan bangsa.

 (Dipetik dan diubah suai daripada
rencana Kadar Rancu Kita Berbahasa
dalam blog akademik www.cikgutancl.blogspot.com)


Soalan 2: Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)                Berikan maksud rangkai kata kurang cakna.                       
[2 markah]

(ii)             Pengarang mengemukakan beberapa hak bahasa lain di negara kita.               
Nyatakan hak-hak tersebut.
[3 markah]

(iii)           Selain guru-guru sekolah yang harus mendidik anak murid supaya menggunakan bahasa Melayu dengan betul, peranan pelbagai pihak juga penting untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan kita agar dapat mengantarabangsakan bahasa Melayu.

Pada pendapat anda, apakah peranan kerajaan untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu?                                                                      
[4 markah]
  

22 May 2017

JADUAL WAKTU SPMU DAN SPM 2017

JADUAL WAKTU SPM ULANGAN 2017 

KLIK --> SPMU 2017

KLIK --> SPM 2017

12 May 2017

RAMALAN 2 - BANK SOALAN MORFOLOGI PT3

RAMALAN 2
BANK SOALAN MORFOLOGI PT3

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1.            Ramai pelajar-pelajar pergi ke padang sekolah untuk menjalani latihan sukan.
_______________________________________________________

2.            Makanan yang dijual di Aminah Restoran sangat lazat.
_______________________________________________________

3.            Mi rebus di dalam periuk itu dimasak oleh saya sebentar tadi.
_______________________________________________________

4.            Lelaki yang berbaju biru muda itu adalah bapa saya.
_______________________________________________________

5.            Pelajar baharu itu berasal daripada Kota Kinabalu.
_______________________________________________________

6.            Banyak isu-isu berbangkit dibincangkan dalam mesyuarat itu.
_______________________________________________________

7.            Berbagai kuih tradisional boleh didapati di pasar raya itu.
_______________________________________________________

8.            Jarak di antara Kuala Lumpur dengan Kuantan lebih kurang 200 kilometer.
_______________________________________________________

9.            Fail-fail itu tersusun rapi dalam almari di bilik guru.
_______________________________________________________

10.        Kebanyakan pelajar miskin di sekolah itu hanya bergantung kepada bantuan persekolahan.
_______________________________________________________

11.        Kakak sedang memasak nasi di dapur bersama dengan ibu.
_______________________________________________________

12.        Goreng pisang yang dijual di gerai itu teramat rangup sekali.
_______________________________________________________

13.        Ram Klinik yang terletak di pekan itu menjadi tumpuan para pesakit sejak dahulu lagi.
_______________________________________________________

14.        Tuan Puteri Ratna Sari akan mandi di taman istana ditemani para dayang.
_______________________________________________________

15.        Perkhemahan unit beruniform pada minggu hadapan telah disertai oleh semua pelajar Tingkatan Tiga Doritis.
_______________________________________________________

16.        Siapakah kenderaan yang kamu naiki untuk sampai ke kampung saya?
_______________________________________________________

17.        Seekor burung merpati mendekati makanan yang orang ramai taburkan di taman itu.
_______________________________________________________

18.        Penghulu kampung bercadang untuk memperbesarkan balai raya.
_______________________________________________________

19.        Hutan simpan harus dikekalkan demi untuk generasi akan datang.
_______________________________________________________

20.        Hiasan bunga gubahan gadis cilik itu tercantik sekali.
_______________________________________________________

21.        Putera raja sedang makan bersama dengan permaisuri di istana.
_______________________________________________________

22.        Siapa yang ingin menyertai lawatan ke Melaka sila berjumpa dengan Puan Aishah.
_______________________________________________________

23.        Kemalangan jalan raya itu berpunca dari kelalaian pemandu.
_______________________________________________________

24.  Kedai kasut yang terletak di bandar itu menawarkan harga amayang murah berbanding kepada kedai yang lain.
_______________________________________________________

25.        Para-para pelajar sedang khusyuk mendengar ucapan pengetua sekolah di dewan.
_______________________________________________________

26.        Saya bersarapan dengan telur separuh masak yang dimasak oleh ibu.
_______________________________________________________

27.        Pesakit buah pinggang itu sedang menjalankan pembedahan di hospital swasta.
_______________________________________________________

28.        Tiga biji rumah kedai di pekan kecil itu hangus dijilat api.
_______________________________________________________

29.        Pemandangan di waktu senja sangat indah dan sungguh mendamaikan perasaan.
_______________________________________________________

30.     Kami digalakkan mengambil makanan berdasarkan piramid makanan yang disyorkan Kementerian Kesihatan.
_______________________________________________________

31.  Harimau di zoo itu amat comel walaupun pengunjung perlu berhati-hati ketika mendekati sangkarnya.
_______________________________________________________

32.        Pulau Sipadan dalam Sabah telah diumumkan sebagai Taman Negara.
_______________________________________________________

33.        Saya tidak mengetahui apa yang berlaku di rumah semalam kerana saya menghadiri kelas tambahan.
_______________________________________________________

34.        Sultan Pahang telah berkenan menghadiahi beliau Darjah Indera Mahkota Pahang.
_______________________________________________________

35.        Mengapakah rahsia kejayaan kamu dalam bidang perniagaan?
_______________________________________________________

36.        Baju kurung bersulamkan benang emas itu ibu jahit.
_______________________________________________________

37.        Kami sekeluarga bercadang untuk pergi berkelah pada Port Dickson.
_______________________________________________________

38.        Kemangkatan permaisuri raja negeri itu telah dimaklumkan kepada rakyat jelata.
_______________________________________________________

39.        Kes keracunan makanan berpunca dari makanan yang telah tercemar.
_______________________________________________________

40.        Malaysia dibanjiri pekerja-pekerja asing ekoran pembangunan yang pesat.
_______________________________________________________

41.        Rakan-rakan Hanna cerdik-cerdik belaka.
_______________________________________________________

42.        Sila kembalikan borang itu ke kerani pejabat.
_______________________________________________________

43.        Walaupun pengetua sekolah itu tegas dan beliau sangat penyayang.
_______________________________________________________

44.        Tuanku Muhammad Shah tidur di bilik utama.
_______________________________________________________

45.   “Kita tidak dapat mengikuti lawatan ke Pusat Sains Negara,” kata Amira kepada Puan Sharifah.
_______________________________________________________

46.        “Patik berasa gembira kerana Hang Tuah berjaya mengalahkan musuh,” kata Raja Ali.
_______________________________________________________

47.        “Perlawanan suku akhir ini amat penting untuk kami,” kata jurulatih kepada para pemain.
_______________________________________________________

48.        Dua orang pelajar itu didenda oleh guru disiplin kerana kami merokok.
_______________________________________________________

49.     “Janganlah anda tersinggung atas sikap Kak Lina,” kata Sarah kepada semua rakan sekelasnya itu.
_______________________________________________________

50.        Puan Karina memegang erat-erat tangan anaknya semasa melintas jalan.
_______________________________________________________

51.        Azlin terpaksa tidur berbantalkan dengan lengannya kerana tiada bantal.
_______________________________________________________

52.        Barang-barang di dalam bilik itu saya sudah kemas pagi tadi.
_______________________________________________________

53.        Jambangan bunga ini telah ayah hadiahkan kepada ibu.
_______________________________________________________

54.        Para pelajar tidak perlu menyalin semula soalan ini dalam buku tulis.
_______________________________________________________

55.        Abang agak kacak bila mengenakan baju Melayu serta samping.
_______________________________________________________

56.        Usahawan muda itu disenaraikan sebagai orang yang paling terkaya di negara.
_______________________________________________________

57.        Anak bongsu Puan Halijah yang paling cantik sekali antara adiknya yang lain.
_______________________________________________________

58.        Susan terus berlari dengan cepat untuk menjejakkan kaki di penamat garisan.
_______________________________________________________

59.        Datuk akan terus mengusahakan kebunnya sementara terdaya.
_______________________________________________________

60.        Kami terkejut apabila diberitahu yang ayah terlibat dalam kemalangan.
_______________________________________________________

61.        Ibu memasukkan santan bila daging itu sudah empuk.
_______________________________________________________

62.        Dania sudah dua hari tidak datang ke sekolah sebab demam panas.
_______________________________________________________

63.        Kerja yang sukar akan menjadi mudah jika sekiranya kita bekerjasama.
_______________________________________________________

64.        Cik Aminah telah menyerahkan surat pekeliling itu ke ketua jabatan.
_______________________________________________________

65.        Beliau akan membincangkan perkara itu kepada ahli lembaga syarikat.
_______________________________________________________

66.        Ayah menunggu ibu di luar rawatan bilik dengan perasaan berdebar-debar.
_______________________________________________________

67.        Nenek suka berdiri di tepi tingkap sambil memerhatikan kanak-kanak bermain raga sepak.
_______________________________________________________

68.        Kakak Farah memang sayang dengan kucing peliharaannya.
_______________________________________________________

69.        Saya menunggu Farina selama satu setengah jam di kantin untuk pulang bersama-sama.
_______________________________________________________

70.        Keenam-enam butir nangka di dalam piring itu untuk kakak.
_______________________________________________________

71.        Penjenayah itu bersenjatakan sebatang pistol semasa merompak kedai emas itu.
_______________________________________________________

72.        Ada berapa orang pelajar sedang membantu guru membersihkan padang.
_______________________________________________________

73.        Tiap hari Sabtu ibu akan ke pasar tani untuk membeli ikan dan sayur.
_______________________________________________________

74.        Tukang masak itu membubuh cili serbuk ke dalam masakan itu agar pedas.
_______________________________________________________

75.        Kamal memang suka makan goreng mi di gerai Pak Amat itu.
_______________________________________________________

76.        Datuk hendak menanam lain-lain buah-buahan di kebun pisangnya itu.
_______________________________________________________

77.        Puan Lee singgah di gerai itu untuk membeli goreng cempedak.
_______________________________________________________

78.        Penanaman padi yang diusahakan secara mini estet dapat meningkatkan pendapatan petani.
_______________________________________________________

79.        Para pemain-pemain harus memiliki semangat kesukanan yang tinggi.
_______________________________________________________

80.        Rambut adik sangat kusut-masai kerana dia baru bangun tidur.
_______________________________________________________

81.   Para penduduk di kampung saya saling bantu-membantu antara satu dengan yang lain.
_______________________________________________________

82.        Sepanjang jalan ke kawasan itu ditanami banyak pepohon yang rendang.
_______________________________________________________

83.        Semua dokumen-dokumen di atas meja itu harus ditandatangani oleh Encik Malik.
_______________________________________________________

84.        Pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan para peserta.
_______________________________________________________

85.        “Saya berseru kepada rakyat negeri ini agar bersatu padu,” titah Sultan Abdullah Shah.
_______________________________________________________

86.        Sejak dari tadi saya melihat pemuda itu mundar-mandir di hadapan rumah Pak Ali.
_______________________________________________________

87.        Rekod kedatangan pelajar sudah diberikan oleh Ashiqeen ke Cikgu Rozita.
_______________________________________________________

88.        Mangsa banjir itu mengucapkan ribuan terima kasih di atas bantuan kewangan dan makanan.
_______________________________________________________

89.   Beberapa buah mini estet akan dibangunkan di Hulu Langat oleh kerajaan negeri Selangor.
_______________________________________________________

90.   “Soalan karangan ini harus dijawab dalam masa dua setengah jam,” kata Cikgu Sharifah.
_______________________________________________________

91.        Pada waktu lapang, Puspa membantu ibunya menjual goreng pisang di warung Pak Long.
_______________________________________________________

92.        Posmen itu telah menyerahkan surat tersebut pada adik yang sedang bermain di luar rumah.
_______________________________________________________

93.        Meja antik itu telah berjaya tukang kayu siapkan mengikut corak yang dikehendaki oleh ayah.
_______________________________________________________

94.        Irdina suka mendengar lagu dangdut dari Indonesia padahal adiknya suka akan lagu rok.
_______________________________________________________

95.        Semangat cintakan negara harus diterapkan dalam jiwa setiap murid di negara ini.
_______________________________________________________

96.   Mana murid yang melanggar peraturan sekolah akan dikenakan tindakan disiplin yang tegas.
_______________________________________________________

97.        Sekawan pengganas telah berjaya ditumpaskan oleh pihak tentera.
_______________________________________________________

98.        Kereta baharu Ikram yang berwarna hati merah itu merupakan hadiah hari jadinya yang ke-21.
_______________________________________________________

99.  Anak jutawan balak yang berusia tiga setengah tahun itu telah menjadi mangsa penculikan.
_______________________________________________________

100.   “Encik Muin adalah guru Bahasa Melayu kami,” kata Norfarizan kepada ibunya.

_______________________________________________________

ANDA INGIN MENDAPATKAN SKEMA JAWAPAN? TULIS ALAMAT E-MEL ANDA DI RUANG KOMEN DI BAWAH