Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

1 October 2015

INFORMASI BAHASA - KATA SENDI “DI” YANG ISTIMEWA

KATA SENDI “DI” YANG ISTIMEWA

Jika kita rajin mengkaji Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, kata sendi nama “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Hal ini bermakna semua tempat yang hadir dalam ayat dapat menerima kata sendi nama “di”. Walau bagaimanapun, ada tempat yang kadangkala mengelirukan pengguna bahasa waima calon peperiksaan. Antaranya adalah seperti yang berikut:

1.
Suhaini menyaksikan rancangan Raja Lawak di televisyen.
Suhaini menyaksikan rancangan Raja Lawak di dalam televisyen. û
Suhaini menyaksikan rancangan Raja Lawak dalam televisyen. û
Suhaini menyaksikan rancangan Raja Lawak pada televisyen. û

2.
Ishak belajar di tingkatan 5.
Ishak belajar di dalam tingkatan 5. û
Ishak belajar dalam tingkatan 5. û
Ishak belajar pada tingkatan 5. û

3.
Kerajaan Srivijaya di bawah naungan Melaka.
Kerajaan Srivijaya bawah naungan Melaka. û
Kerajaan Srivijaya di dalam naungan Melaka. û
Kerajaan Srivijaya pada naungan Melaka. û



4.
Saya membeli kasut itu di www.puma.com.
Saya membeli kasut itu di dalam  www.puma.com. û
Saya membeli kasut itu dalam www.puma.com. û
Saya membeli kasut itu pada www.puma.com. û

5.
Agensi itu di bawah Kementerian Pendidikan.
Agensi itu di dalam Kementerian Pendidikan. û
Agensi itu dalam Kementerian Pendidikan. û
Agensi itu pada Kementerian Pendidikan. û

6.
Berita itu tersiar di media massa arus perdana. û
Berita itu tersiar di dalam media massa arus perdana. û
Berita itu tersiar dalam media massa arus perdana.
Berita itu tersiar pada media massa arus perdana. û

7.
Pelantikan pegawai itu masih di peringkat perbincangan. û
Pelantikan pegawai itu masih di dalam peringkat perbincangan. û
Pelantikan pegawai itu masih dalam peringkat perbincangan. û
Pelantikan pegawai itu masih pada peringkat perbincangan.

8.
Ayah mencari maklumat di Internet.
Ayah mencari maklumat di dalam Internet. û
Ayah mencari maklumat dalam Internet. û
Ayah mencari maklumat pada Internet. û

Frasa “di televisyen” dan "di tingkatan lima" merujuk maksud khusus, iaitu tempat kita menonton rancangan dan tempat seseorang belajar. Ayat "Ishak belajar di tingkatan lima", jika dibuat ayat "Ishak belajar pada tingkatan lima" ayat ini adalah salah kerana kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. Oleh itu, frasa "pada peringkat perbincangan" adalah betul. Penggunaan kata sendi nama seperti "di bawah" dan "daripada" seperti ayat contoh yang dikemukakan oleh saudara perlu dilihat pada maksud keseluruhan ayat. Cuba lihat ayat contoh ini "Lembaga Peperiksaan Malaysia terletak di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia" dan "Saya menerima surat penghargaan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia". 

Kata sendi "di bawah" jelas menunjukkan hierarki sesebuah agensi berdasarkan carta organisasi sesebuah kementerian. Kata sendi "daripada" pula merujuk sumber daripada individu dan institusi, dan berbeza daripada kata sendi "dari" yang melibatkan masa dan arah. Frasa “dalam media massa” lebih tepat pula kerana media massa ialah suatu bidang yang abstrak walaupun subbidang itu ialah media cetak dan media elektronik. “frasa di www.puma.com” pula betul kerana di alamat itulah kita membeli kasut di Internet. Alamat laman web dan tempat kita mencari maklumat juga sesuai menggunakan frasa “di”.


Akhir kalam, penggunaan “di” amat luas dari segi alamat dan tempat sesuatu kerja dilakukan waima sesuatu perbuatan berlaku. Oleh sebab itu, kekeliruan sering berlaku dalam kalangan pengguna bahasa. Dengan pencerahan yang diberikan, saya berharap agar pengguna bahasa menggunakan kata sendi “di” dengan betul dan tepat.

No comments: